RIYADH, 30 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
ANKARA, 27 APRIL: Runtuhan batu dan konkrit yang ditinggalkan kesan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mungkin memakan masa 14 tahun untuk dialihkan, kata pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat.
Daripada Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof ISTANBUL, 27 APRIL: Suasana hiba menyelubungi dewan makan Hotel Tugra selepas semua peserta dinasihatkan pulang ke negara masing-masing selepas Republik Guinea Bissau menarik semula kebenaran menggunakan bendera mereka di atas kapal utama Akdeniz...
KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu dan mencetuskan kebimbangan penularan penyakit di tengah-tengah kekurangan air bersih dan sistem pembuangan sisa pepejal, kata agensi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
GAZA, 23 APRIL: Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat manusia dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis, kata agensi pertahanan awam Gaza Isnin lalu.
GAZA, 21 APRIL: Untuk tujuh bulan berturut-turut, Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandaraya Gaza dan bahagian utaranya, kata Pejabat Penerangan Kerajaan di sini.
SHAH ALAM, 20 APRIL: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor yakin banyak lagi pertemuan dan perbincangan antara PAS dan Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat dan umat.
Belum reda kesengsaraan rakyat Palestin di Gaza yang menyambut Ramadan dan Syawal sejak diserang bertubi-tubi Israel, pada Oktober lalu, suhu geopolitik di Timur Tengah kini semakin menggelegak.
KUALA LUMPUR, 17 APRIL: Dengan purata sekurang-kurangnya 70 kanak-kanak di Gaza cedera setiap hari disebabkan serangan berterusan tentera Israel, keperluan kepada kanak-kanak ini dipindahkan meningkat bagi memastikan mereka mendapat rawatan perubatan yang diperlukan dengan kadar segera, kata seorang pegawai Tabung Darurat Kanak-kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Selasa.
BANDAR GAZA, 16 APRIL: Kumpulan Palestin Hamas menegaskan hari ini bahawa ia tidak akan bersetuju dengan pembebasan mana-mana tebusan tanpa pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Gaza dan kepulangan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal ke kediaman mereka di seluruh wilayah itu.
BANDAR GAZA, 15 APRIL: Tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin dan mencederakan beberapa yang lain dalam serangan udara lewat Ahad yang menyasarkan sebuah bangunan kediaman di kem pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
TEL AVIV, 15 APRIL: Tiga kedai roti di Bandar Gaza kembali beroperasi pada Ahad dengan bantuan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
BANDAR GAZA, 15 APRIL: Tiga kanak-kanak Palestin yang merupakan pemain di Akademi Al-Wahda di Gaza terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza, umum institusi sukan itu semalam.
ISTANBUL, 15 APRIL: Tentera Israel melakukan 16 pembunuhan beramai-ramai sehari secara purata di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas dalam serangan yang dilakukan mereka selama lebih enam bulan, menurut Kerajaan Gaza.
GENEVA, 13 APRIL: Penyakit bawaan air sedang merebak di Gaza berikutan kekurangan air bersih dan suhu yang meningkat, menurut Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
GAZA, 13 APRIL: Beberapa orang wartawan cedera dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
GAZA, 11 APRIL: Lapan orang awam terbunuh dan yang lain cedera hari ini dalam pengeboman pendudukan di bahagian timur bandar Rafah, di selatan Semenanjung Gaza.
KUALA LUMPUR, 11 APRIL: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza pada hari pertama Aidilfitri yang meragut nyawa tiga anak dan beberapa cucu pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.
MOSCOW, 9 APRIL: Arab Saudi telah menyalurkan US$5 juta untuk Program Makanan Sedunia (WFP) bagi menyokong operasinya di Semenanjung Gaza dan menyediakan makanan kepada rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, yang terjejas akibat konflik itu, menurut WFP.
BAITULMAQDIS, 8 APRIL: Tentera rejim berundur dari bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza, menurut laporan media Israel pada Ahad.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.